Judul: Pendek Mabuk Gila
Pengarang: Ahmad Kamal Abu Bakar
Genre: Post-Punk
Halaman: 176 muka
Harga: RM20 (RM25 by pos)
Mula dijual: 6 Julai 2013 (
Kuala Lumpur Zine Fest 2013)
Ahmad Kamal Abu Bakar lahir di Linggi, Negeri Sembilan. Membesar di Seremban dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau pernah terlibat dalam penerbitan dua judul buku di bawah Matahari Books. Juga pernah bantu tulis dua skrip filem di bawah produksi Red Films. Sebuah cerita pendek beliau juga pernah diterbitkan dalam sebuah antologi oleh British Council.
Selama enam bulan dalam tahun 2006 beliau telah mengendali blog Semusim Di Neraka. Dari 2007 hingga 2010, beliau tenggelam timbul dengan blog-blog Catatan Pendek Dari Neraka, Perahu Mabuk dan Tersepit Di Celah Kegilaan.
Pendek Mabuk Gila memaparkan himpunan cerita-cerita terpilih yang pernah disiarkan dalam ketiga-tiga blog sepanjang 2007 - 2010. Semua cerita telah diolah semula dan disusun secara rambang.
Untuk membuat pesanan online buku ini sila ke
KEDAI NEON.