|
Pembinaan stesen buku ini menelan belanja 23 juta rm |
Mulai 1 May 2014 yang lalu, HQ Neon Terbit telah berpindah ke sebuah premis beralamat B-103 Bangunan MARA Jalan Medan Stesen, 27200 Kuala Lipis, Pahang.
Premis menawan ini digelar Stesen Buku Neon kerana turut bertindak menjual buku untuk penduduk tempatan di bahagian bawahnya. Operasi penerbitan Neon pula berjalan di tingkat atas dengan penuh bergaya dan tidak lagi berpusat di bilik tidur CEO Neon. Untuk makluman semua, stesen ini memiliki pendingin hawa yang dingin dan kita perlu memakai kasut untuk memasukinya.